RINDUMU RINDUKU
Jumaat, 28 November 2014
Rabu, 13 Ogos 2014
Selasa, 12 Ogos 2014
(1) KESAL YANG BERTANDANG
Dinding fajar membentangkan wajah kesuramannya memberi petanda bahawa malam kian mendatang,
Berbalam pandangan yang kabur telihat sebuah rumah mewah dua tingkat dipersisiran pantai,Kelihatan beberapa buah tingkap bahagian depan rumah itu bercahaya memberi makna ada penghuni didalamnya,Diluar rumah masih belum terpasang lampu ditiang pagar yang mengililingi bangunan tersebut,Sesekali cahaya lampu kereta dijalanan menyuluh bahagian pintu rumah jelas terlihat sebuah kereta mewah dibawah garaj.
Didalam sebuah bilik mundar mandir seorang wanita remaja berusia 24 tahun sambil ditangannya terdapat
sebuah talipon bimbit. Entah apa yang dirunsingkannya sehingga tidak langsung malabuhkan punggungnya kekerusi mahu pun katil yang ada bersebelahannya,Sesekali pandangannya ditujukan pada jam didinding bilik, sementara talipon bimbit yang dipegangnya dihempas kecil diantara kedua tapak tangannya. Diwajahnya cukup menggambarkan satu kerisauan yang jelas."Dah dekat pukul lapan belum datang lagi...ni yang buat aku marah sangat ni..selalu saja macam nie...eeee...geram betul aku..". Satu suara yang agak marah tetapi cukup didengari oleh diri sendiri.
Dari tingkat bawah ditangga menuju ketingkat atas."Intan....intan....dah maghrib nii...kamu dah solat kebelum...nanti terlepas pula waktu maghribnya,,,".Suara yang penuh kasih sayang dilontar keatas bertujuan memberitahu sesuatu yang penting,Datin Surya 50an, Ibu kepada Intan Nasihah yang masih dalam telekung setelah selesai menunaikan solat maghrib sedang menanti jawapan dari anaknya yang keresahan didalam kamarnya". Ya mak...In tengah nak solat la ni mak....".Jawapan yang datang dari dalam bilik itu membuat Datin Surya mengeleng gelang kepala sambil berlalu dan menuju semula kedalam biliknya.
Kembali ke kamar anak gadis yang masih berkurung sejak 2 jam berlalu. Terbaring diatas katil dan
ditangannya sedang memicit micit kekunci talipon bimbitnya. Sekejap bangun sekejap baring meniarap resah sangat nampak tingkah lakunya. "Hmmm....apa ni..call tak angkat..mesej pun tak berbalas...", satu rungutan kecil keluar dari bibir Intan. Puas melentang dan meniarap, Intan bangun semula melepaskan geram dengan mengaru kasar kepalanya sehingga mengerbang rambut yang mulanya tersikat kemas. Perlahan lahan Intan
melangkah kepintu biliknya dan membuka pintu, sambil menjengukkan kepalanya keluar pintu manakala
matanya pula tertinjau tinjau kearah luar bilik.
Gayanya seperti orang hendak mencuri melangkah keluar dari biliknya terus menuju ketangga. Intan cuba
melangkah turun namun matanya masih meninjau sekeliling sambil kakinya satu satu menyusun anak tangga dan tangannya berpaut pada pagar sisi tangga.Dalam hatinya berharap agar ibunya tidak ada diruang bawah,
Intan mempercepatkan sedikit langkahnya menuju ketingkat bawah, tapi terberhenti seketika pada anak tangga yang terakhir, sekali lagi Intan meninjau sekeliling, kearah ruang tamu dan kearah dapur.Setelah
memastikan tidak ada sesiapa Intan perlahan lahan menuju ke rak Talipon. Tetiba langkah Intan menjadi
kaku diam untuk menyusun langkah seterusnya. "Eh Intan...awak nak kemana tu..emmm....ni mesti tak solat
lagi nie..". Suara yang biasa didengari datang dari arah belakang, namun mebuat hati Intan sedikit merasa
lega walau pun terperanjat. Intan tahu itu suara ibunya, dan dia tahu ibunya tidak akan marah padanya.
Dengan tergagap gagap Intan cuba memberikan jawapan pada ibunya."Err.arr...mak...err...Intan nak ambil
angin diluar kejap lah mak...panas sangat..", jawapan Intan itu membuat dahi Datin Surya berkerut,seperti
tdak dapat menerima apa yang anaknya katakan,keadaan Intan juga turut melahirkan seribu persoalan
dalam benak Datin Surya."Hai...orang lain sejuk..awak pulak yang panas..eh...mak tanya tadi...awak tu dah
solat kebelum ", Datin Surya mengulangi soalan yang tadi pada Intan."Err...dah mak...dah..dah solat tadi..emmm...mak nak kemana ni...", Intan menjawab soalan ibunya namun cuba memotong pertanyaan ibunya dengan mengajukan semula pertanyaan kepada ibunya.
"Kamu jangan nak bohong mak...mak tahu kamu belum sembahyang lagi...dah..sekarang..pergi ambil air
sembahyang naik sembahyang dulu sementara waktu Maghrib belum habis lagi..pergi cepat".
Tanpa membantah Intan bergegas seperti tidak puas hati dengan perintah ibunya itu.Datin Surya hanya
memerhatikan tingkah anak perempuannya itu sambil mengelengkan kepala. Nak dimarah banyak banyak
bimbang pula anaknya terasa hati merajuk pula, sebab Datin Surya amat faham perangai anaknya itu, bila
merajuk dua tiga hari lah berperap dalam bilik,makan tak mahu minum tak mahu,lebih teruk lagi kalau anaknya merajuk cuba keluar dari rumah. Hal ini sudah kerap cuba dilakukan oleh Intan.Datin Surya yang
tadi sedang berdiri memerhatikan tingkah laku anaknya bergerak menuju kesofa dan mencapai alat kawalan jauh televisyen.
Pada Datin Surya matanya sahaja tertumpu pada peti televisyen, namun pikirannya melayang jauh memikirkan tentang Intan anaknya.Intan yang masih lagi belajar dan setahun lagi bakal memgambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan(S.P.M), Walau pun Intan ada lah salah saorang dari anaknya yang pantang ditegur, tetapi tumpuan yang diberi oleh Datin Surya pada Intan tidak lah seperti pada kakak dan abangnya yang lain.Intan banyak mendapat kelebihan dari ibunya dari yang lain, malah apa saja yang diperlukan oleh Intan ibunya pasti akan memenuhuinya. Hal ini telah membuat Intan menjadi besar kepala berbanding kakak dan abangnya.
Sejak ayahnya Dato'Hamdan meninggal dunia 5 tahun yang lalu, Intan telah dibesarkan oleh ibunya.Manakala kakaknya yang sulong Humairah (31) telah berkahwin dan tinggal bersama suaminya di Sabah selepas ayahnya meninggal setahun kemudian,dan abangnya pula Hasman (29) tidak tinggal bersama
Intan dan ibunya kerana membantu Pakciknya menguruskan sebuah Syarikat di Kuala Lumpur. Hanya Intan yang tinggal bersama ibunya.Yang merisaukan Datin Surya ada lah kerana Intan sejak ayahnya meninggal dia kurang menumpukan pada pelajarannya, bahkan menghabiskan masanya dengan mengadap laptop berjam jam didalam bilik menlayani rakan rakan nya di Facebook.Tidak cukup dengan melayari Facebook Intan juga suka mengahabiskan masanya dengan menghubungi kawan kawan dengan Whatsap dan sebagainya.
Kehidupan mewah yang dikecapi oleh Intan anak bongsu Datin Surya itu sedikit sebanyak menimbulkan rasa benci Humairah dan Hasman terhadap Intan, malah keadaan itu juga turut dapat dirasai oleh Datin Surya sendiri kerana terlalu mengikut kehendak Intan.Tidak hairan lah jika Humairah dan Hasman jarang pulang kerumah berjumpa ibunya,kalau ada pun jika dipaksa untuk pulang, itupun hanya semalam sahaja.
Bebanding dengan semasa arwah Dato'Hamdan masih ada dulu,keluarga mereka sangat bijak menyusun waktu dan saling hormat menghormati.Namun kini semuanya telah berubah sedikit demi sedikit kerana tidak ada ketegasan dalam mengendali suasana kehidupan, lebih lebih lagi Datin Surya lebih banyak menumpukan
kerjayanya sebagai ketua Wanita.
Intan yang bersendirian dalam biliknya tiba tiba bergegas turun kebawah dengan membawa bag dibelakang,
"Mak...intan nak keluar kejap..nak jumpa kawan.."Datin Surya segera menoleh melihat anaknya Intan yang berpakaian seluar ketat dan berbaju T-Shirt tergopoh gapah menghampirinya untuk bersalam dengan ibunya.
"Eh eh eh....nanti nanti....eh ni...pakai macam ni..malam malam macam ni nak kemana ni hah.."
Terpinga pinga Datin Surya memerhatikan gelagat anaknya.
"Intan nak keluar kejap la mak...nak jumpa kawan..ha..kawan dah tunggu kat luar tu..Intan pergi dulu mak yer..",sambil mencapai tangan ibunya dan mencium lantas terus keluar,seperti biasa Datin Surya hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah anak bongsunya itu Sambil mengikuti Intan keluar Datin Surya memetik suis lampu pagar yang tidak terpasang dari tadi.
SEBUAH kereta Honda C-RV hitam sedang menunggu dihadapan rumah,Datin Surya yang berdiri dimuka pintu hanya memandang tanpa berkata apa melihat anak gadisnya itu berlari menuju kekereta itu.
"Intan pergi dulu ye mak..assalamualaikum..". Intan segera membuka pintu kereta dan masuk kedalam.
"Hati hati..jaga diri tu baik baik...balik awal.." Sahut Datin Surya yang tidak pasti sama ada anaknya dengar atau tidak.Kereta yang membawa Intan pergi dan hilang dalam kegelapan malam.
Didalam kereta ada lagi sepasang remaja sedang bersandar ditempat duduk bahagian belakang,manakala Intan duduk bersama seorang lagi lelaki ditempat duduk bersebelahan dihadapan.
"Kemana kita..?".
Tanya Intan pada kawan kawannya yang ada didalam kereta.
"Alaa...kemana lagi...tempat biasa laa...eh mak awak tak kecoh ke awak keluar malam macam ni..mak awak tahu tak kami nie siapa..".Bertanya salah saorang yang ada dibelakang kepada Intan.
"Apa..?..mak aku...heii....jangan risau laa...mak aku tu spoting tau..lagi pun dia tak kenal kau orang ni siapa...".jawapan Intan itu membuat semua yang ada didalam kereta ketawa.
Suasana dalam kereta menjadi senyap seketika.seolah olah tidak ada apa apa untuk dibualkan.
"Hai kenapa semua diam ni hah...happy lah...".Tegur lelaki yang memandu kereta itu.dan disokong oleh salah seorang lelaki yang berada ditempat duduk belakang,kemudian terus bertanya soalan pada yang sedang memandu. "Kamu berdua ni...dah lama ke kenal..", sambil ketawa kecil bersama pasangannya disebelah.
"Belum.....ni baru petama kali ni...".Jawab pemuda yang sedang memandu seraya menjeling kearah Intan yang tertunduk malu.
"Oh ya...kenalkan kawan saya...kat belakang tu...yang hitam manggis tu namanya Hairy..panggil ja Ery..dan yang putih kuning tu...namanya Sarah..panggil Sarah ja..",Masing masing menghulurkan tangan tanda baru
berkenalan."Nama saya Intan..panggil ja In.."
"Nama saya pula..Syaren..kekawan panggil saya Ayen..". Pemuda yang sedang memandu itu memperkenalkan dirinya sendiri kepada Intan."Dah tahu dah..cuma ini kali pertama kita jumpa kan...".
Intan menyambut salam perkenalan dari pemuda disebelahnya.
Pada Intan sedikit pun tidak merasa gentar dan resah bila pertama kali bersua muka dengan pemuda yang hanya ia kenal dari dalam Facebook,kalau kenal pun hanya dari setiap status yang masing masing keluarkan.Paling banyak pun melihat gambar gambar sahaja.kadang kadang masing masing Tag nama diStatus. kalau rasa bosan Intan akan menhantar mesej ke inbox Syaren.mereka hanya berhubung dengan cara sedemikian sahaja. Hampir 3 bulan juga mereka berkenalan melalui Facebook.meluahkan rasa rindu dan sayang dengan cara masing masing.sering juga Syaren mengajak Intan berjumpa,tapi selalu ditolak oleh Intan dengan berbagai alasan.Kali ini entah apa ayat yang digunakan Syaren sehingga berjaya memujuk Intan
untuk keluar berjumpa dengannya.
Hal ini tidak menjadi tanda tanya pada dua orang yang berada dibelakang, kerana mereka sudah pun dimaklumkan oleh Syaren tentang pertemuannya dengan Intan buat kali pertama itu.Sejam kemudian Syaren membelokkan keretanya memasuki satu lorong menuju kesebuah rumah.Intan hanya
mengikut saja kemana arah pemanduan Syaren.sesekali Intan berkerut kening memastikan kemanakah Syaren akan bawa dia,namun kebimbangan Intan menjadi pudar apabila Intan mengigati kembali apa mereka selalu bualkan dalam Facebook,dengan apa yang selalu Intan baca dari setiap status dan inbox Syaren tak mungkin Syaren seorang yang jahat orang.lagi pun dalam kereta itu bukan mereka berdua saja.
Tiba disatu lorong,Syaren membelok dan terus berhenti betul betul dihadapan pagar sebuah rumah yang besar,dibunyikan hon memberitahu tuan rumah bahawa ada tetamu diluar,sejurus kemudian,lampu ruang hadapan rumah terpasang."Kamu semua tunggu sini erk...aku nak masuk kejap".Syaren membuka pintu kereta dan membuka pintu pagar terus menuju kepintu rumah dan membukanya lalu hilang dari pandangan.
Intan dan dua lagi yang berada didalam kereta hanya melihat dari jarak jauh.Lebih kurang 3 minit berlalu kelihatan Syaren berlari anak anak kearah mereka, sampai dikereta pintiu kereta dan Syaren membuka pintu kereta dilihat oleh Intan yang belum tahu apa rancangan dihadapan.
Hati dan perasaan Intan mula dimamah rasa kebimbangan. Jika pada mulanya ia banyak bersangka baik kini ia mula gelisah. "Eh kemana kita ni sebenarnya Ayen..awak tak bagi tahu pun kita nak kemana...eee..jangan la macam ni...". Intan meluahkan rasa ketakutan.
"Laaahh....baru nak pikir pasal takut...awal awal tadi tak nak pikir pun...emmm....jangan risau laa...kita tak kemana pun...kita gi makan makan..borak borak..lepas tu aku hantar awak balik..boleh laa kan".
Syaren cuba menenangkan Intan yang kelihatan cemas.
"Eeeyy...aku takut laa...jom la hantar aku balik...nanti mak aku marah satu hal pulak..". Intan sudah jelas menampakkan kerisauannya. Dua dari kawan yang berada dibelakang kereta menyedari keresahan Intan.
"Cakap tadi mak awak ok...spoting semacam...kenapa lak sekarang takut...come on la Intan...kamu berdua baru ja nak kenal rapat rapat...takkan la potong tengah jalan macam tu ja..".Intan diam seribu bahasa.Syaren memaku pikiran Intan dengan pujukan seperti yang pernah dilakukan didalam Facebook sebelum mereka berjumpa. "Ok ok ok....macam ni ja lah....aku boleh hantar awak balik...tapi dengan satu syarat,,kalau awak leh terima syarat ni...aku hantar awak balik sekarang juga..". Apa yang dikatakan oleh Syaren dengan syarat itu ia telah membuat Intan terasa seolah olah dia sudah diperdayarkan,namun Intan cuba memberanikan diri bertanya semula pada Syaren apa kah syarat yang diminta. "Baik lah...apa syarat yang awak minta..tapi...janji..awak mesti hantar aku balik kalau aku penuhi syarat yang awak minta...janji..".
Berlaku sedikit kekecohan didalam kereta sehingga memaksakan Syaren berhenti dibahu jalan.akan tetapi suasana ditempat mereka berhenti tidaklah merisaukan Intan,kerana banyak kenderaan lain lalu lalang disitu.Intan melihat jam ditangan,dudah pun pukul 9.15 malam.malam yang agak lewat baginya.wajah ibunya mula menerjah kebenak fikiran, Kalau lah dia belum pulang sebelum pukul 11.00,pasti ibunya akan risau.walau macamana pun dia terpaksa pulang lebih awal. Tetapi apakan daya bagi Intan,kalau dia berontak mungkin akan bertambah masalah lagi pada dirinya. Syaren tak pernah ia jumpa,ini lah yang pertama kali,hanya kenal melalui Facebook.
Dalam berkecamuk pemikiran intan,Syaren dan kawannya yang lain cuba memberikan keyakinan baru pada Intan agar Intan tidak menjadi gelisah seumpama itu."Baik lah...kalau awak bertanyakan apa syarat yang aku minta..ok...aku akan terangkan pada awak..tapi awak kena juga berjanji..kalau awak tak boleh tunaikan syarat aku..aku akan hantar awak balik kerumah ikut waktu yang aku tetapkan..okey...hehehe..".
Intan hanya diam membisu dan dikelopak matanya sudah mula tergenang air jernih menanti saat untuk menitis."Tidak lah berat sangat apa yang aku minta...cukup senang..aku rasa semua perempuan mahukan apa yang aku minta..baik lah....emmm....Intan...boleh tak kalau aku.....--------BERSAMBUNG.

Ahad, 18 Mei 2014
Sabtu, 3 Mei 2014
Ahad, 9 Februari 2014
Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)