untuk lebih dahulu saling melihat/mengenal di antara satu sama lain.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w menjelaskan:
Ertinya:
"Bahawasanya mughjirah telah meminang seorang perempuan maka Nabi
s.a.w bersabda kepadanya: "Lihatlah akan perempuan itu,kerana melihat
akan perempuan itu lebih dahulu lebih utama bagi membuat persetujuan
antara kamu berdua".
Dan dalam meminang sesaorang,kita boleh melakukan secara langsung,
sebagai mana yang tersebut di dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Allah berfirman yang bermaksud:
"Tiada berdosa kamu,jika kamu meminang perempuan dengan kata sindiran
atau kamu menyembunyikan didalam hati mu,Allah mengetahui,bahawa
kamu akan menyebutkannya kepada perempuan itu,Tetapi janganlah kamu
janjikan kepadanya debgab rahsia( kahwin ),melainkan hendaklah kamu
sebut perkataan yang patut,Janganlah kamu bercita cita cita hendak kamu
menlangsungkan perkahwinan ( akad nikah ),kecuali apabila habis idahnya,
Ketahuilah,bahawasanya Allah mengetahui apa apa yang dalam hatimu,
maka takutlah kamu kepadaNya dan ketahuilah,bahawa Allah pengampun
dan penyantun". ( surah Al-Baqarah 235 ).
Selanjutnya Islam melarang/mengharamkan meminang :
a. Perempuan yang masih dalam idah.
b. Perempuan yang masih dalam pinangan ( bertunang ) dengan orang lain.
Setelah pinangan diterima oleh yang bersangkutan dan oleh kedua belah
pihak keluarga,maka menurut ajaran Islam perkara yang harus dilakukan
adalah :
a. Akad nikah dan pemberian Mas kahwin.
b. Walimatul Urus (Majlis perkahwinan ) walau pun hanya dengan se ekor
kambing,hal ini adalah harus,kerana ingin mengumumkan kepada semua
orang bahawa si fulan dan si fulan sudah berkahwin,bagai manapun
bukan lah menjadi wajib bagi kedua belah pihak untuk mengadakan
majlis perkahwinan dengan secara melampaui batas kemampuan.
Nikah mempunya tiga rukun :
a. Sighat aqad ( akad nikah ) dari wali perempuan dan penganti lelaki,Dalam
menikahi anak perempuan,maka wali perempuan haruslah terlebih dulu
mendapat atau mendapat persetujuan dari perempuan yang hendak
dinikahi.
b. Harus ada wali dari pihak perempuan.
c. Dan disaksi oleh dua orang saksi lelaki.
Sabda Rasulullah s.a.w:
" Telah berkata Imran bin Hashien :" Bersabda Nabi s.a.w..." Tidak...............
nikah,melainkan dengan wali dan dua saksi yang adil ".
( Hadis riwayant : Ahmad Termizi,Dara Quthni dan baihaqie )
" Telah berkata Aisyah : " Sabda Nabi s.a.w..: " Tidak..........nikah,melainkan
dengan wali dan dua saksi yang adil,( jika wali wali itu membantah ),maka
Sultanlah jadi wali bagi orang yang tidak mempunyai wali ".
Adapun susunan wali adalah seperti berikut :
1. Bapa.
2.Datuk ( Bapa kepada bapa perempuan yang ingin dinikahi )
3.Saudara lelaki yang seibu sebapak.
4.Saudara lelaki yang sebapa ( ibu lain )
5.Anak lelaki dari saudara lelaki yang seibu dan sebapa.
6.Anak lelaki dari saudara lelaki yang sebapa ( ibu lain ).
7.Saudara bapak yang lelaki ( Pakcik dari pihak bapa ).
8.Anak lelaki dari Pakciknya yang dari pihak bapanya.
9.Hakim ( wali Hakim ).
![]() |
| Perkahwin yang baik akan melahirkan zuriat yang baik ( gambar hiasan ) |
walinya adalah Hakim (wali Hakim ),Begitu pula bila walinya enggan untuk
menikahkannya,maka Hakimlah yang menjadi walinya.
Sabda Rasulullah s.a.w : " Siapa siapa perempuan bernikah dengan tiada
izin walinya,maka nikahnya itu batal,batal,batal.Jika ( lalu wali itu bantah)
maka Sultanlah jadi wali bagi yang tiada wali".
(H.R. Ahmad dan termizi )
Syarat wali dan dua orang saksi:
Wali dan Saksi adalah orang-orang yang memegang peranan penting dan
bertanggungjawab atas sahnya aqad nikah.Oleh itu wali dan saksi diperlukan beberapa syarat:
1.Beragama Islam.
2.Sudah baligh.
3.Berakal ( tidak gila atau hilang akal ).
4.Bukan hamba sahaya.
5.Lelaki.
6.Adil ( tidak fasiq ).
Mahar ( mas kahwin )
Pemberian Mas Kahwin adalah suatu kewajipan atas suami dengan sebab
nikah kepada si isteri,baik berupa wang atau barang-barang dan lain-lain.
Adapun berapa banyak mas kahwin tersebut tidak ada ketentutan batasnya,terserah kepada kemampuan/kemahuan si suami berserta keredaan si isteriyang bersangkutan.Begitu pula batas paling sedikit juga tidak pula ditetapkan.Bahkan Rasulullah s.a.w mengesah kan sesuatu pernikahan yang mas kahwinnya hanya sepasang terompah,iaitu perkahwinan seorang perempuan dari suku parazah.
ORANG YANG HARAM DIKAHWINI.
Tidak semua orang diingini dapat dikahwini oleh seorang lelaki dan perempuan.Dalam surah An Nisa'ayat 19 hingga 23 Allah telah menjelaskan
orang-orang yang haram dinikahi:
1. Ibu kandung.
2. Ibu isteri (ibu mertua .
3. Ibu susuan.
4. Ibu tiri.
5. Saudara kandung ( se ibu se bapak ).
6. Saudara ibu.
7. Saudara susuan.
8. Saudara bapak.
9. Saudara isteri (termasuk ipar ).
10.Saudara se bapak.
11.Saudara se ibu.
12.Anak kandung.
13.Anak isteri.
14.Anak saudara lelaki.
15.Anak saudara perempuan.
16.Anak menantu.
17.Syigar ( dupertukarkan ).
18.Lavirat ( pusakai dengan paksa ).
19.Talaq bain kubra.
20.Idah belum habis.
21.Ada suami.
22.Musyrik.
Dengan keterangan di atas,jelaslah sudah orang-orang yang dinikahi
oleh seseorang.Selain daripada orang-orang yang tersebut,tidak ada larangan bagi seorang lelaki dan perempuan bernikah.Kalau masih
terdapat larangan,itu mungkin larangan menurut adat kaum atau adat kampung masing-masing,bukan larangan agama.Wallahualam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan