Apa bila berkahwinnya seseorang wanita Islam itu maka ia sepenuhnya menjadi tanggung
jawab suaminya,namun pun demikian hubungan kekeluargaan antara kedua belah pihak
tetap seperti biasa,perkahwinan bukan bererti terputusnya hubungan isteri dengan pihak
keluarganya,sebaliknya perkahwinan itu ialah untuk mendekatkan lagi tali silaturrahim
antara dua pihak suami dan isteri,membina kebahagiaan yang berkekalan dan abadi,dalam
Islam sangat menekankan tentang hubungan yang baik sesama muslim walau pun dengan
ikatan perkahwinan,kerana ianya akan membuat kita menjadi mesra dan bermuafakat.
Kita semua sedia maklum,setiap wanita apabila ia dinikahi dengan seorang lelaki,maka bagi
Nya keutamaan ialah mentaati suami tanpa ada alasan lain,selagi mana suaminya tidak mula
menyuruh ia melakukan perkara yang ditegah oleh ALLAH s.w.t,maka selagi itu si isteri
wajib mentaati suaminya,mentaati suami perlu diutamakan tanpa memberi sebarang alasan
mengapa perlu mentaati suami,dalam soal ini si isteri patut tahu ketaatan ia pada ibu bapa
Nya sendiri,tidak kira ibu bapa dari pihak suaminya atau ibu bapa Nya sendiri,tetapi ada pun
hubungan dengan kedua dua belah keluarga iaitu keluarga si isteri atau keluarga suaminya
patut diberi penghormatan,hendaklah juga si isteri menghormati keluarga suaminya seperti
menghormati keluarganya sendiri,cuma ketaatannya itu diutamakan kepada suaminya sahaja,
demi mengeratkan perhubungan kedua belah pihak hendaklah diberi penghormatan yang sama.
Perkahwinan dalam Islam tidak sama sekali menghilang kan identiti perempuan kepada
keluarga suami,ada sesetengah Agama dan Bangsa lain (non muslim ),apa bila seseorang
perempuan itu berkahwin,dia tidak lagi dibenarkan mempunyai hubungan dengan keluarganya,
malah namanya juga telah ditukar kepada nama keluarga si suaminya,perkara sudah menjadi
satu undang undang dalam perkahwinan mereka,namun Agama kita(Islam)tidak sebegitu.
Perempuan muslim iaitu perempuan Islam dalam undang undang Agama Islam tidak sama
sekali menghilang kan Identiti perempuan kepada keluarga suami apabila ia berkahwin,khusus
Nya namanya seperti yang berlaku di Eropah,yang ditiru oleh perempuan perempuan Islam
hari ini dengan menghilang kan namanya sendiri digantikan dengan menjadi Msr ( begitu dan
begitu ),perempuan tetap dengan nama asalnya seperti yang telah dinasabkan oleh bapanya,
tanpa perlu diganti atau ditambah nama seperti nama suami yang hanya pendatang dalam
hidupnya,maka terbukti lah bahawa Agama Islam itu adalah Agama yang sangat sederhana.
Kembali kepada persoalan yang tersebut di atas,sebenarnya tidak timbul soalan siapakah yang
perlu diutamakan,Jika kedua dua belah pihak memahami bahawa keluarga isteri adalah juga
keluarganya dan keluarga suami juga adalah keluarganya,maka semuanya akan menjadi lebih
bermakna bagi setiap perhubungan kekeluargaan kedua dua belah pihak.
Ketaatan seorang isteri kepada suaminya apabila ia berkahwin,adalah perintah ALLAH s.w.t
yang wajib di laksanakan,Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w ada menegaskan yang membawa
maksud,"Sekiranya aku (boleh memberi kuasa untuk menyuruh makhluk sujud kepada makhluk
yang lain),iaitu menyuruh seseorang itu sujud pada orang lain,aku pasti akan menyuruh isteri
sujud pada suaminya,( Hadis riwayat al-Baihaqi,Sunan al-Kubra,jilid 7,halaman 291,Abi Daud,
Sunan Abi Daud,jilid 2,halaman 605,al-Tarmidzi,Sunan al-Tarmidzi,jilid 4,halaman 323.
Dalam hadis ini baginda Rasulullah s.a.w memperlihat kan kepada kita bahawa kedudukan suami
yang sepatutnya isteri menghormati,Sekali gus tidak ingkar kepada perintahnya(suami),dalam maksudnya yang lain,menggambarkan bahawa suami mesti dimuliakan,dan kemudian itu bukan kerana Islam ingin memberi darjat yang berbeza antara lelaki dan wanita,tetapi adalah untuk melihat kepada pengorbanan dan kesanggupan dia menjadi suami dan menjaga kehormatan isterinya.dan juga ingin memperkatakan bahawa tanggung jawab suami itu amat lah berat,juga
boleh dikatakan sama beratnya di masa ibu bapa si isteri menjaga anak perempuannya sebelum ini.
Persoalan yang sering kali menjadi dilema seorang wanita yang bergelar isteri,"Boleh kah
seorang isteri menziarahi ibu bapanya(atau keluarganya)tanpa izin suami..?"malah ramai yang
berfahaman"ketaatan seorang isteri kepada suami lebih dituntut"berbanding dengan ketaatan
isteri kepada ibu bapanya sendiri,dalam soal ini derhaka si isteri kepada kedua ibu bapanya
telah berubah kepada suami setelah dia menjadi isteri.maka si isteri pula tidak boleh menderhaka
kepada suaminya,tetapi pada ibu bapanya tidak lagi dikira menderhaka jika ia tidak mentaatinya.
Sebagai contoh saya petik dari kata kata ini,bila dah berumah tangga,syurga suami masih dibawah
tapak kaki ibu kandungnya,maka ia tetap dikira derhaka jika suami tidak mentaati perintah
kedua ibu bapa kandungnya,dan syurga isteri pula telah bertukar kepada dibawah tak kaki suami,
dengan ini,ada dalam sejarah Islam yang merujuk kepada ketaatan isteri hendaklah sepenuhnya
pada ALLAH suami sehingga kalau suami tak mengizinkan isteri berjumpa dengan ibu bapanya
iaitu ibu bapa isteri itu sendiri,sekalipun isteri hendaklah mentaati perintah suami,hal ini amat
menekankan bahawa kewajipan isteri mentaati suami sangat perlu.(sila rujuk Bincang .net,).
Status syurga dibawah tapak kaki,"YA"?,Jika ada Frasa yang mengatakan syurga dibawah tapak kaki,tidak kira tapak kaki siapa pun,frasa itu tidak tepat sama sekali,syurga adalah tempat yang tinggi darjatnya,mengapa pula ia hendak diletakkan dibawah tapak tapak kaki...?sebenar Nya..
seorang ibu itu ALLAH mengangkat darjat Nya iaitu seorang ibu tinggi lagi dari syurga,jadi bila
difahamkan secara akal,memanglah dibawah tapak kaki,begitu juga dengan suami tadi,darjat
suami itu telah ALLAH angkat lebih tinggi dari syurga,sebenarnya syurga itu tetap berada pada
tetap yang tinggi dan mulia,ini untuk menerangkan bahawa,tidak akan mencium akan bau
syurga jika anak merdekhaka kepada kedua ibu bapa,dan isteri kepada suami,bagi isteri,apabila
ia sudah berkahwin,maka tidak dikira menderhaka lagi kepada kedua ibu bapa kandungnya kerana,status derhaka itu telah bertukar kepada suami,selagi suami tidak menyuruh isteri derhaka
pada perintah ALLAH,jadi rujuk kepada yang sebelum ini,isteri wajib taat pada perintah suami.
Bagai manapun saya hanya ingin mengupas persoalan hak isteri dalam menziarahi ibu bapa tanpa
izin suami,saya sama kan taat suami vs taat ibu bapanya sendiri,bukan hak suami vs hak isteri.
Saya difahamkan,seorang isteri tidak boleh keluar menziarahi ibu bapa(walaupun ibu bapanya
sakit atau meninggal dunia)jika tiada keizinan suami,ini berdasarkan dua kisah yang berbeza seperti dibawah:
Kisah 1 petikan 3 permata.itgo.com
Dalam sebuah riwayat diterangkan,sesungguhnya telah terjadi di zaman Rasulullah s.a.w seorang
suami pergi berperang meninggal kan isterinya,ketika hendak meninggal kan rumah dia berpesan
kepada isterinya."Janganlah kamumeninggalkan rumah sehinggalah aku pulang dari berperang.."
Pada waktu si suami sedang tiada di rumah,ibu si isteri jatuh sakit,maka si isteri mengutus kan
seseorang kepada Rasulullah s.a.w untuk meminta izin melihat ibunya,Jawab Rasulullah s.a.w,
"Tunggu lah sehingga suami mu pulang,jangan lah keluar rumah,"akhirnya orang tua si isteri
meninggal dunia.Lalu si isteri mengutus kan seseorang kepada Rasulullah s.a.w untuk meminta
izin melihat ibunya,Lalu Rasulullah menjawab,"Tunggu lah sehingga suami mu pulang,"Setelah
itu Rasulullah s.a.w mengutus kan seseorang kepada isteri tersebut untuk memberikan berita
bahawa ALLAH s.w.t telah mengampuni dosa ibunya disebabkan ketaatan kepada suaminya.
Jadi seorang wanita yang solehah itu ialah wanita yang telah sanggup meletakkan sesuatu pada
tempat yang benar,Ertinya,jika ia sudah bersuami,maka yang paling berhak terhadap dirinya
adalah suaminya,melebihi dari ibu bapa serta keluarga yang lain.
Kisah 2 petikan suami larang isteri ziarah keluarga.
"Seorang lelaki yang keluar musafir,dia telah berpesan kepada isterinya bahawa jangan turun
dari tingkat atas ke tingkat bawah,bapa isterinya tinggal di tingkat bawah,bapa isterinya jatuh
sakit,isterinya itu telah mengutus kan seorang perempuan bertemu dengan Rasulullah s.a.w agar
memberi keizinan kepadanya untuk turun menziarahi bapanya yang sedang sakit."Rasulullah
bersabda,"Taatilah suami kamu,"kemudian bapanya meninggal dunia,lalu diutuskan lagi kepada
Rasulullah s.a.w,Nabi s.a.w bersabda,"Taatilah suami kamu ",setelah jenazah bapanya selamat
dikebumikan,lalu Rasulullah s.a.w pun mengutus kan seseorang pada si isteri untuk diberitakan
bahawa ALLAH telah mengampuni dosa bapanya,disebabkan ketaatannya terhadap suaminya.
( 5 )Takrij ahadis Al-ihya ( Al-Iraqi 155 ).
Saya bukanlah seorang yang arif tentang Hadis,namun saya lihat hadis pertama tiada perawi
mahupun periwayat dan hadis kedua dikatakan sanat Nya lemah,juga tiada perawi dan riwayat
daripada siapa.
Kisah satu berkenaan ibu yang sakit dan kisah dua pula si ayah yang sakit.Apakah status hadis
hadis ini ?,jika sanatnya lemah,adakah statusnya "Hadis daif"?betul kan jika saya tersilap.
Bolehkah kita beramal dengan Hadis daif ?,sedangkan,para ulama sendiri berkhilaf pendapat
dalam penggunaan hadis daif.( rujuk : hukum beramal dengan hadis daif )
Dari sumber diatasi,ada tiga golongan ulama yang khilaf pendapat iaitu :
Golongan pertama- hadis daif tidak boleh digunakan walaupun untuk farqib (galakkan )
tarhib ( menakut nakutkan ) fadhilamal ( kelebihan beramal ) atau pun untuk langkah berjaga jaga.
Ini merupakan pendapat Imam Bukhari dan Muslim,yang disokong oleh Abu Bakar Al-Arabi,
( Mazhab Miliki ),Abu Al-Maqdisi ( Shafie ),Ibnu Hazmin ( Zahiri ) dan lain lain.
Golongan kedua- harus ( boleh ) menggunakan hadis daif jika tidak ada sandaran sandaran lain
tentang sesuatu perkara sama ada daripada Al - Quran,Hadis ,Rias,Ijma',istihsan,dan lain lain
ini adalah pendapat Imam Ahmad,Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.kata Imam Ahmad,
"Hadis daif lebih kamu sukai daripada fikiran seseorang,"
Golongan ketiga- Hadis daif boleh digunakan sebagai hujah dalam fadhilamal,peringkatan.
kisah kisah,galakkan dan sebagainya.Namun begitu secara umumnya tidak boleh digunakan
dalam soal akidah dan hukum hakam.Ini adalah pendapat yang muktamad bagi para ulama
muhaqqiqin dengan syarat syarat yang tertentu.Antara tokoh yang berpegang dengan pandangan
ini ialah Imam Nawawi dan Al-Hafiz Ibnu Hajar.
Saya lebih cenderung pada golongan pertama,kerana saya pernah membaca artikel di utusan,
sahih Imam Bhukari dan Muslim hampir / dekat denganAl-Quran,jadi,saya guna pakai pendapat
Imam Bukhari dan Muslim dalam bab hadis daif juga.
Hasil carian dienternet lagi,menemukan saya info dibawah :
Sumber 1 - utusan menyebut :
peruntukan dalam feqh,Prof Dr,Mahmud Ali Al-Syarthawiy didalam kitab sirah Qanun Al-Ahwal
Al- Syaksiyah menegaskan harus si isteri ziarah ibu bapanya walaupun tiada izin dari suaminya
seminggu sekali,sekiranya ibu bapanya sakit,harus dia menziarahi mereka setiap hari seandainya
dia mahu.harus juga si isteri menziarahi sanak saudaranya dalam sebulan sekali,namun ditegaskan oleh para Ulama itu sekiranya suasana aman,sekiranya suasana tidak mengizinkan,
maka tidak harus bagi si isteri keluar rumah tanpa izin suaminya,yang demikian ialah demi untuk
menjaga keselamatnya ( halaman: 162 ).
Sumber 2 - Kias.Edu.my/nushus pula menyebut :
Mengenai keluar rumah kerana menziarahi kedua ibu bapa walaupun tanpa izin tidak termasuk
dalam perbuatan Nushus mengikut setengah pandangan malah mereka berpendapat isteri ada hak
menziarahi kedua ibu bapa lebih kerap sekiranya kedua ibu bapa sakit dan tiada ada orang yang
yang menjaga mereka,ini tanpa mengira atas keizinan suami kerana manusia dituntut untuk kita
berbuat baik antara kita,lebih lebih lagi kepada kedua ibu bapa,sama ada sebelum ataupun selepas
berkahwin,mahupun kedua ibu bapa Islam atau tidak.
Imam Hanafi hanya membolehkan bahawa si isteri boleh menziarahi kedua ibu bapanya walaupun
tanpa izin suami hanya ketika sakit sahaja,Dengan erti yang lain,menziarahi kedua ibu bapa tanpa
izin tidak dikira Nushus kerana kedua ibu bapanya sakit,Ada pandangan lain mengatakan makruh suami menghalang isteri menziarahi kedua ibu bapanya,alasannya ialah membuat satu
kebaikan kepada dua ibu bapa adalah lah tuntutan Agama Islam,menghalang menziarahi kedua
ibu bapa akan menyebabkan kerenggangan dan mendorong mereka melakukan perbuatan derhaka
kepada ibu bapa dan suami,sedangkan melakukan kebaikan dan menghubungkan tali silaturrahim adalah satu tuntutan syarak,"Firman Allah:( Al- Israq 24 ).maksudnya,
"Allah telah memfardhukan kepada kamu supaya kamu jangan mengabaikan diri melainkan
terhadapnya,dan kepada dua ibu bapa hendaklah kamu melakukan ihsan,"
Persoalan yang banyak bermain di sekeliling kita ialah:
1-) Apakah hak suami dalam melarang / menegah isteri daripada menziarahi dua ibu bapanya,?
2-) Apakah peruntukan undang undang Islam negeri dalam hak isteri menziarahi ibu bapa,
keluarga,( tanpa izin suami ) ?
3- ) Bukan sedikit perempuan yang sudah bersuami dalam dilema dan terpasak taat kepada suami
sehingga mengabaikan ibu bapa,benarkah ajaran Islam menyatakan ketaatan isteri berpindah
kepada suami bila dia berkahwin..?
4-) Bukan sedikit anak perempuan yang membelakangkan ibu bapa,atas alasan sudah berkahwin
dan bersuami, malah ramai yang beranggapan,isteri adalah hak mutlak suaminya.
5-) Bagaimana pula jika ibu bapa yang hanya mempunyai anak perempuan sahaja,adakah mereka
hilang hak diziarahi olah anak anak perempuan yang sudah bersuami jika suami tidak
membenarkan.?
Akibat dilema ini telah ada isteri yang menyangka bahawa Islam itu zalim terhadap perkahwinan,
memisahkannya dengan ibu bapa dan keluarga.mereka merasakan Islam tidak adil dan banyak
memihak kepada suami,akibat dilema ini juga,ada ibu bapa merasa rugi kerana mendapat anak
perempuan berbanding dengan anak lelaki kerana apabila anak perempuan sudah bersuami dia
sudah menjadi hak suami dan ibu bapa tak dipedulikan,adakah ini ajaran Islam sebenarnya?
Mengikut fahaman saya,taat pada siapa pun kita harus melihat pada keadaan seseorang isteri,
kerana ada sesetengah isteri lebih memahami akan keadaan kehidupan mereka,seandainya suami
Nya lumpuh atau pun sakit,maka si isteri wajib menjaga suaminya walaupun dia tahu ibu bapanya
sakit,tidak semestinya isteri memendekkan fikirannya,seandai ia tidak taat kepada suaminya maka
ia akan menjadi ahli Neraka,ini terpulang pada suasana dan keadaan yang mereka hadapi.
Ada suami yang beri kata dua kepada isteri,contohnya,"kalau kamu balik kampung ibu bapa kamu mak jatuh talak satu..!"atau isteri diugut begini,"sekarang awak sudah menjadi isteri saya,
jadi awak kenalah taat dan patuh dengan perintah saya,bukannya taat kepada ibu bapa awak,kalau
saya tidak mengizinkan awak ziarah ibu bapa awak,awak jangan ziarah,"
Dalam situasi di atas,apakah pilihan isteri ?sejauh manakah ketaatan suami mengatasi ketaatan
kepada ibu bapa,?apakah jatuh haram si isteri ( berdosa ) yang melanggar perintah suaminya
yang melarang dia menziarahi dua ibu bapanya sakit,( contohnya ) ?
Suami patut ada IHSAN dan SIMPATI terhadap isteri,sebab itu lah Allah S.W.T perintah suami agar bergaul dengan isteri dengan cara yang baik,seperti dalam firman Allah S.W.T di dalam
Al-Quran,yang bermaksud,"hai orang orang yang beriman,tidak halal bagi kamu mempusakai
wanita dengan cara paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil
kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan padanya,terkecuali bila mereka melakukan
pekerjaan keji yang nyata,dan bergaul lah dengan mereka secara patut,kemudian bila kamu tidak
menyukai mereka,( maka bersabarlah ) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu,padahal
Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."( Surah An-Nisaa-ayat 19)
Dalam ayat Al-Quran yang di petik di atas,Ibnu Kathir berpendapat bahawa ayat ini,"................
dan hendaklah kamu bergaul baik dengan isteri isteri kamu dengan cara yang baik......"bermaksud:
para suami hendaklah memperelokkan bicara mereka sesama isteri,hendaklah memperelokkan
tingkah laku kepada mereka serta menjaga penampilan yang baik mengikut kemampuan kamu
seperti mana yang kamu harapkan daripada mereka itu isteri isteri kamu,maka hemdaklah kamu
melakukan yang baik baik itu terhadap mereka seperti yang kamu mahukan daripada mereka.
( Ibnu Kathir,jilid 1,halaman : 466 ).
Maka jelas lagi terang bahawa hukum bergaul baik dengan isteri adalah wajib.Malangnya berapa
ramai yang mengikut perintah Allah yang ini.?akibat mengabaikan perintah Allah yang ini,
natijahnya amat teruk sekali.apabila suami tidak ikut atau engkar dengan perintah Allah dan
Rasulullah s.a.w,maka,tidak hairanlah isteri tidak mentaati perintah suaminya.ialah,jika suami
tidak taat dan mengikut perintah Allah dan Rasulullah s.a.w,secara langsungnya tentu dia akan
menjaga hak hak isterinya,bila ia telah menjaga hak hak isterinya,agak mustahil isterinya tidak
taat kepadanya dan agak mustahil pula isteri tidak hormat kepada suaminya.selalunya orang
perempuan ini amat tinggi tahap ketaatan dan kesetiaan mereka.belas ihsan dan rasa simpati
dalam diri mereka lebih tinggi dari pada kaum lelaki,tetapi jika masih ada lagi isteri yang tidak
taat walaupun suaminya memenuhi tanggung jawab,maka sudah tentu isteri itu jenis yang tidak
tahu mengenal untung,dan memang sengaja menempah jalan ke Neraka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan